Edisi Tengah : 190 telefon lesap

September 17, 2006

Oleh Masni Ros Pakir Mohamad
Harian Metro

MELAKA: Polis masih menyiasat dakwaan 190 telefon bimbit milik peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Ayer Keroh dekat sini, yang disimpan dalam sebuah bilik hilang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Ayub Yaakob, berkata telefon bimbit itu disimpan dalam sebuah bekas dalam sebuah bilik di pejabat berkenaan.

Katanya, kejadian disedari pengurusan kem kira-kira jam 7 pagi apabila mendapati bilik berkenaan terbuka.

Selepas diperiksa didapati 190 telefon bimbit yang disimpan dalam sebuah bekas di bilik itu lesap.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bekas menyimpan telefon bimbit itu mempunyai kesan umpilan dan mereka yang melakukan kegiatan itu dipercayai memasuki kawasan berkenaan dengan memotong pagar.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kebiasaannya telefon bimbit peserta PLKN akan disimpan pengurusan dan hanya akan diberikan kepada mereka pada hujung minggu.

“Saya amat kesal dengan apa yang berlaku dan berharap polis menjalankan siasatan rapi,” katanya.

2 Respons to “Edisi Tengah : 190 telefon lesap”

  1. soulof99 Says:

    Gile ah… camno buleh ilang tu? Mesti ada yang tak kena ni… :O

  2. Ziran Says:

    Boleh cari kalau negara kita boleh mengesan melalui no IMEI tetapi negara kita masih menidakkannya terutama SKMM,Polis dan syarikat telekomunikasi. Cara hendak mengurangkan jenayah kecurian atau samun dan salahguna telefon bimbit.Semua agensi tidak membantu langsung dalam hal ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: